1.Nasi lemak adalah makanan kegemaran raykat Malaysia tapi disebabkan
santan yang berlemak tinggi, nilah kalori nasi lemak sebungkus dalam
350-400kcal. Kalau dengan lauk-lauk seperti di atas mungkin dalam
600kcal.
2. Sekeping 300kcal tanpa kuah. Kalau 2 keping dah 600kcal. Ia mudah, cepat, murah tapi sememang bukan pilihan yang sihat.
3. Tren makan donut ini semakin menjadi di Malaysia. Memang lazat dan cepat
nak makan. 1x donut biasa = 200kcal. Kalau promosi “beli 5, percuma 1″
dah 1200kcal.
4. Bagi saya, Mamak adalah fast food ala-ala Malaysia dan walaupun ada
pilihan yang lebih sihat, nasi goreng, mee goreng, maggi goreng (semua
dalam 500-600kcal) bukan sahaja berkalori tinggi tapi kuantitinya pasti
lebih segenggam.
5. Pisang goreng adalah tren bagi mereka yang bekerja. Kalau ada yang
keluar untuk temujanji, pasti akan pulang dengan pisang goreng. 1x
pisang goreng = 90kcal atau lebih (bergantung kepada saiz).
6. 1x Teh Tarik mengandungi dalam 90kcal. Tak lah banyak sangat. Tapi
masalah teh tarik adalah kuantiti pengambilan seharian. Kalau 2-3 cawan
setiap hari bersamaan dengan 80,000kcal setahun.
7. Seperti kuih-muih negara lain jugak, kuih Melayu penuh dengan gula-gula. Sebagai panduan mudah, anggap sebiji kuih 120kcal.
8.Masalah minuman bergula? Well gula! 1g gula = 4kcal dan ia kandungan
utama kebanyakkan minuman-minuman di Malaysia. 1tin minuman bergula
berkarbonat = 150kcal.
9. Selain makanan (kalori masuk), gaya hidup yang semakin sedentary (kurang aktif) juga merupakan punca kenaikkan berat badan
10. Sebenarnya bukan salah nasi itu sendiri (ia tetap sumber tenaga yang
baik) tetapi salah kuantiti pengambilan. Saya sendiri makan nasi putih
hari-hari tapi cuma segenggam tangan sekali makan. Jangan lebih. 1
genggam sederhana = 150kcal *kevin zahri tips*
Tiada ulasan:
Catat Ulasan